Kurikulum Arab Ugama, Kurikulum Tahfiz dan Kurikulum Umum

HISSAH PENGAJIAN 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 1.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Pembahagian Hissah Pengajian bagi tahun 2020 dikekalkan untuk sesi  pengajian tahun 2021. Perubahan hanya berlaku pada mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditukarkan kepada Grafik Komunikasi Teknikal bagi aliran Teknologi / Komunikasi Teknikal. Manakala penambahan hanya melibatkan Pembahagian Hissah Maahad Tahfiz Nurul Hidayah Tualang Tinggi,  Maahad Tahfiz Darul Saadah bagi tingkatan 4 dan Maahad Sains Tok Guru bagi tingkatan 5. 

 

2.            Pelaksanaan jadual awal tahun 2021 bagi Tingkatan 5 dan 6 sebelum Peperiksaan SMU dan SPM 2020 adalah dengan menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 yang diedarkan sebelum ini, di mana tingkatan 5 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 4, manakala tingkatan 6 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 5. Sila rujuk Pekeliling Pembahagian Hissah Musim PerintahKawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2020 (YIK700-7/6/7(07) bertarikh 2 Zulkaedah 1442H bersamaan 24 Jun 2020.


3.            Sila klik di sini untuk memuat turun Pembahagian Hissah 2021.


Harap maklum. Terima kasih.

Wassalaam.

Share:

PENYELIAAN DAN PENCERAPAN PdP

Share:

HISSAH PKPP 2020

Share:

PEMBAHAGIAN HISSAH 2020

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Share:

DRAF BUKU TEKS SEKOLAH RENDAH UGAMA YIK

Assalaamu alaikum.
Makluman kepada Panel Buku Teks Ugama bagi Sekolah Rendah Ugama Yayasan Islam Kelantan.

Sila klik DI SINI untuk memuat turun Draf Buku Teks SRU/YIK*.  Disertakan juga font-font Arab dan Jawi untuk menyelaraskan tulisan. Sila download  Program Keyboad Jawi dan semua fonts yang disertakan.

Arahan untuk install fonts:
1. Klik kanan mouse pada folder Fonts Arab & Jawi dan tekan Download
2. Selesai download, buka folder berkenaan
3. Copy file Font berkenaan.
4. Buka folder Windows di dalam C:
5. Buka folder Fonts.
6. Klik kanan dan tekan paste.

Arahan untuk install Program Keyboad Jawi:
1. Klik kanan pada Folder Program Keyboad Jawi dan tekan Download
2. Buka folder.
3. Klik setup.exe
Selesai.

Terima kasih.

*Sila rujuk Whatsapp "Panel buku teks sru" untuk mendapatkan Password bagi  fail-fail berkenaan.
Share:

SUKATAN DAN TAJUK KEMAS KINI BAGI SEMESTER 1 TINGKATAN 1, 2 DAN 3

SILA KLIK UNTUK MEMUAT TURUN SUKATAN DAN TAJUK  MATA PELAJARAN ARAB UGAMA YANG DIKEMAS KINI BAGI :
1. SEMESTER 1 TINGKATAN 1
2. SEMESTER 1 TINGKATAN 2
3. SEMESTER 1 TINGKATAN 3
Share:

BORANG SEMAKAN SUKATAN

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sila klik DI SINI untuk mengisi semakan sukatan. Sila baca arahan dengan teliti sebelum mengisinya. Terima kasih.



Share:

Popular Posts

Pages