PELAKSANAAN KURIKULUM DAN BUKU TEKS AZHARI VERSI BAHARU
Assalaamualaikum
Adalah dimaklumkan bahawa mulai sesi akademik 2026, pihak sekolah Yayasan Islam Kelantan dan sekolah-sekolah yang berkaitan akan mulai menggunakan buku teks Azhari versi baharu untuk Tingkatan Satu.
Sila klik pada pautan berikut untuk memuat turun dokumen-dokumen berkaitan:
1) Pekeliling Pelaksanaan Kurikulum Dan Buku Teks Azhari Versi Baharu
2) Dokumen Sukatan Buku Azhari Versi Baharu 2026 (Pindaan 23 Februari 2026)
2.1 Pekeliling Sukatan Ting. 1 Buku Azhari Baharu Bermula 2026 (Pindaan 23 Februari 2026)
3) Buku Teks Pdf Buku Azhari Versi Baharu 2026:
i) اللغة العربية للصف الأول الإعدادي
ii) أصول الدين للصف الأول الإعدادي
4) Dokumen Standard Kurikulum dan Pentaksiran (DSKP):
i) Hadith
ii) Tauhid
iii) Tafsir
iv) Mutalaah
vi) Nahu
5) Nota Muzakarah:
i) Hadith & Rancangan Pengajaran Tahunan (RPT) Hadith
6) Rakaman Muzakarah:
i) Hadith
ii) Tauhid
iii) Tafsir
iv) Mutalaah
vi) Nahu
PEMBAHAGIAN HISSAH 2026
Nota Muzakarah KBD MATED Tingkatan 5/2025
Assalaaamualaikum
Sila klik untuk memuat turun:
1. Nota Hadith Muzakarah KBD MATED Tingkatan 5/2025
2. Format/contoh soalan Hadith untuk pertengahan tahun tingkatan 5 KBD MATED
3. Contoh skema Hadith KBD MATED tingkatan 5
4. KBD MATED Latihan Topikal (Hadis & Mantiq)
5. Rujukan Guru Sahaja KBD MATED Terjemahan Mantiq Tingkatan 5
6. Rujukan Guru Sahaja KBD MATED Terjemahan Tauhid Tingkatan 5
7. Format Soalan Tgh Tahun Fiqh Tingkatan 5
8. Contoh Soalan Mutalaah Insya' Tingkatan 5
DSKP DAN FORMAT SOALAN KBD MATED TINGKATAN 5 BERMULA 2024
SUKATAN PERTENGAHAN TAHUN KBD MATED TINGKATAN 5 DAN 6
Assalaamualaikum
Sila klik untuk memuat turun sukatan pertengahan tahun Kurikulum KBD MATED bagi tingkatan 5 dan 6, bermula tahun 2025.
HISSAH PENGAJIAN 2025/26
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN HISSAH PENGAJIAN SESI 2025/26
1. Adalah dimaklumkan pembahagian
hissah dan mata pelajaran pada sesi 2025/26 mengambil kira pelaksanaan
Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini (KBD MATED) yang
bermula pada tahun 2024 bagi tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, pada sesi 2025/26
mata pelajaran Mantiq ditambah dalam senarai mata pelajaran tingkatan 5.
2. Selain itu, mata
pelajaran Faraidh yang sebelum ini disenaraikan dalam hissah tingkatan 5,
digantikan dengan Fiqh. Walaubagaimanapun pihak sekolah diwajibkan mengadakan
kursus intensif Faraidh untuk pelajar tingkatan 5, sebagai pendedahan awal kepada
para pelajar berkenaan.
3. Bagi sekolah aliran
sains, hissah mata pelajaran Tafsir Ilmi tingkatan 5 digabungkan dengan Tafsir
KBD MATED. Tahdid baru sukatan untuk
Tafsir Ilmi akan dimaklumkan dalam siaran berasingan.
4. Pihak sekolah diwajibkan akur dengan ketetapan pembahagian hissah mata pelajaran yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan.
Unit Kurikulum
Yayasan Islam Kelantan.






