Kurikulum Arab Ugama, Kurikulum Tahfiz dan Kurikulum Umum

Showing posts with label Makluman KAU. Show all posts
Showing posts with label Makluman KAU. Show all posts

HISSAH PENGAJIAN 2025/26

  السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN HISSAH PENGAJIAN SESI 2025/26

1.         Adalah dimaklumkan pembahagian hissah dan mata pelajaran pada sesi 2025/26 mengambil kira pelaksanaan Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini (KBD MATED) yang bermula pada tahun 2024 bagi tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, pada sesi 2025/26 mata pelajaran Mantiq ditambah dalam senarai mata pelajaran tingkatan 5.

2.         Selain itu, mata pelajaran Faraidh yang sebelum ini disenaraikan dalam hissah tingkatan 5, digantikan dengan Fiqh. Walaubagaimanapun pihak sekolah diwajibkan mengadakan kursus intensif Faraidh untuk pelajar tingkatan 5, sebagai pendedahan awal kepada para pelajar berkenaan.

3.         Bagi sekolah aliran sains, hissah mata pelajaran Tafsir Ilmi tingkatan 5 digabungkan dengan Tafsir KBD  MATED. Tahdid baru sukatan untuk Tafsir Ilmi akan dimaklumkan dalam siaran berasingan.     

4.         Pihak sekolah diwajibkan akur dengan ketetapan pembahagian hissah mata pelajaran yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan. 


Unit Kurikulum

Yayasan Islam Kelantan.

Share:

SUKATAN MATA PELAJARAN ARAB UGAMA SEMESTER DUA TINGKATAN 1, 2 DAN 3

Share:

HISSAH PENGAJIAN 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 1.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Pembahagian Hissah Pengajian bagi tahun 2020 dikekalkan untuk sesi  pengajian tahun 2021. Perubahan hanya berlaku pada mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditukarkan kepada Grafik Komunikasi Teknikal bagi aliran Teknologi / Komunikasi Teknikal. Manakala penambahan hanya melibatkan Pembahagian Hissah Maahad Tahfiz Nurul Hidayah Tualang Tinggi,  Maahad Tahfiz Darul Saadah bagi tingkatan 4 dan Maahad Sains Tok Guru bagi tingkatan 5. 

 

2.            Pelaksanaan jadual awal tahun 2021 bagi Tingkatan 5 dan 6 sebelum Peperiksaan SMU dan SPM 2020 adalah dengan menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 yang diedarkan sebelum ini, di mana tingkatan 5 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 4, manakala tingkatan 6 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 5. Sila rujuk Pekeliling Pembahagian Hissah Musim PerintahKawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2020 (YIK700-7/6/7(07) bertarikh 2 Zulkaedah 1442H bersamaan 24 Jun 2020.


3.            Sila klik di sini untuk memuat turun Pembahagian Hissah 2021.


Harap maklum. Terima kasih.

Wassalaam.

Share:

HISSAH PKPP 2020

Share:

PELAKSANAAN SUKATAN SMU DI SABK



Boleh dimuat turun DI SINI
Share:

PEKELILING PELAKSANAAN TAFSIR ILMI TING 4 & 5 ALIRAN SAINS


Boleh dimuat turun DI SINI.
Share:

Popular Posts

Pages