Kurikulum Arab Ugama, Kurikulum Tahfiz dan Kurikulum Umum

HISSAH PENGAJIAN 2021

السلام عليكم ورحمة الله وبركاته

 1.     Sukacita dimaklumkan bahawa, Pembahagian Hissah Pengajian bagi tahun 2020 dikekalkan untuk sesi  pengajian tahun 2021. Perubahan hanya berlaku pada mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditukarkan kepada Grafik Komunikasi Teknikal bagi aliran Teknologi / Komunikasi Teknikal. Manakala penambahan hanya melibatkan Pembahagian Hissah Maahad Tahfiz Nurul Hidayah Tualang Tinggi,  Maahad Tahfiz Darul Saadah bagi tingkatan 4 dan Maahad Sains Tok Guru bagi tingkatan 5. 

 

2.            Pelaksanaan jadual awal tahun 2021 bagi Tingkatan 5 dan 6 sebelum Peperiksaan SMU dan SPM 2020 adalah dengan menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 yang diedarkan sebelum ini, di mana tingkatan 5 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 4, manakala tingkatan 6 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 bagi tingkatan 5. Sila rujuk Pekeliling Pembahagian Hissah Musim PerintahKawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2020 (YIK700-7/6/7(07) bertarikh 2 Zulkaedah 1442H bersamaan 24 Jun 2020.


3.            Sila klik di sini untuk memuat turun Pembahagian Hissah 2021.


Harap maklum. Terima kasih.

Wassalaam.

Share:

Popular Posts

Pages