PEMBAHAGIAN HISSAH 2026
HISSAH PENGAJIAN 2025/26
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
SILA KLIK DI SINI UNTUK MEMUAT TURUN HISSAH PENGAJIAN SESI 2025/26
1. Adalah dimaklumkan pembahagian
hissah dan mata pelajaran pada sesi 2025/26 mengambil kira pelaksanaan
Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas dan Tingkatan Enam Dini (KBD MATED) yang
bermula pada tahun 2024 bagi tingkatan 4. Sehubungan dengan itu, pada sesi 2025/26
mata pelajaran Mantiq ditambah dalam senarai mata pelajaran tingkatan 5.
2. Selain itu, mata
pelajaran Faraidh yang sebelum ini disenaraikan dalam hissah tingkatan 5,
digantikan dengan Fiqh. Walaubagaimanapun pihak sekolah diwajibkan mengadakan
kursus intensif Faraidh untuk pelajar tingkatan 5, sebagai pendedahan awal kepada
para pelajar berkenaan.
3. Bagi sekolah aliran
sains, hissah mata pelajaran Tafsir Ilmi tingkatan 5 digabungkan dengan Tafsir
KBD MATED. Tahdid baru sukatan untuk
Tafsir Ilmi akan dimaklumkan dalam siaran berasingan.
4. Pihak sekolah diwajibkan akur dengan ketetapan pembahagian hissah mata pelajaran yang ditetapkan oleh pihak Yayasan Islam Kelantan.
Unit Kurikulum
Yayasan Islam Kelantan.
HISSAH PENGAJIAN 2024/25
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Sukacita dimaklumkan bahawa, berikutan perubahan Kurikulum Arab Ugama bagi tingkatan 4 tahun 2024, yang mula menggunakan Kurikulum Bersepadu Dini Menengah Atas (KBD MATED) Pembahagian Hissah Pengajian bagi sesi 2024, beberapa pindaan terpaksa dibuat pada hissah tingkatan berkenaan, khususnya dari segi pembahagian mata pelajaran dan jumlah hissah.
2. Sedikit pindaan juga turun berlaku pada pembahagian hissah tingkatan 3.
3. Sila klik di sini untuk memuat turun Pembahagian Hissah 2024 bagi sekolah/maahad masing-masing.
Mohon maaf atas segala kesulitan. Harap maklum. Terima kasih.
Wassalaam.
Unit Kurikulum
Yayasan Islam Kelantan.
BUKU TEKS DIGITAL YIK DAN KPM
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL YIK Tingkatan 1 - 5.
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL KSSM 1-5.
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL STAM.
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL KURIKULUM AZHARI KPM.
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL KURIKULUM KBD MATED TING 4
Sila klik untuk download BUKU TEKS DIGITAL KURIKULUM KBD MATED TING 5
Masih dalam proses untuk upload, akan dikemaskini dari semasa ke emasa. إن شاء الله
Terima kasih
HISSAH PENGAJIAN 2021
السلام عليكم ورحمة الله وبركاته
1. Sukacita
dimaklumkan bahawa, Pembahagian Hissah Pengajian bagi tahun 2020 dikekalkan untuk
sesi pengajian tahun 2021. Perubahan
hanya berlaku pada mata pelajaran Lukisan Kejuruteraan yang ditukarkan kepada
Grafik Komunikasi Teknikal bagi aliran Teknologi / Komunikasi Teknikal.
Manakala penambahan hanya melibatkan Pembahagian Hissah Maahad Tahfiz Nurul Hidayah Tualang Tinggi, Maahad Tahfiz Darul Saadah bagi tingkatan 4 dan
Maahad Sains Tok Guru bagi tingkatan 5.
2.
Pelaksanaan
jadual awal tahun 2021 bagi Tingkatan 5 dan 6 sebelum Peperiksaan SMU dan SPM
2020 adalah dengan menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020 yang diedarkan
sebelum ini, di mana tingkatan 5 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP 2020
bagi tingkatan 4, manakala tingkatan 6 menggunapakai Pembahagian Hissah PKPP
2020 bagi tingkatan 5. Sila rujuk Pekeliling Pembahagian Hissah Musim PerintahKawalan Pergerakan Pemulihan (PKPP) 2020 (YIK700-7/6/7(07) bertarikh 2 Zulkaedah 1442H bersamaan 24 Jun 2020.
3. Sila klik di sini untuk memuat turun Pembahagian Hissah 2021.
Harap maklum. Terima kasih.
Wassalaam.
UJIAN LISAN PERCUBAAN STAM
1) TATACARA UJIAN LISAN
2) PANDUAN PEMARKAHAN
3) BORANG PEMARKAHAN
NASKHAH CONTOH UJIAN LISAN PERCUBAAN STAM
1- NASKHAH GURU
2. NASKHAH PELAJAR






